<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Keadilan Allah pada Sifat Cantik Manusia

Cantik itu Penting tetapi bukan nilai utama dalam kehidupan manusia. Melihat pada penciptaan Hawa a.s, Kecantikan, Kelembut dan Kehalusan merupakan nilai yang menjadikan seseorang Wanita itu sangat Wanita. Oleh itu, tidak hairanlah Lelaki suka pada Wanita Cantik. Walau bagaimanapun, Kaum lelaki harus sedar di dunia hari ini wanita cantik adalah bonus untuk hidup sempurna, tetapi ia bukan syarat kebahagiaan. 

Keadilan Allah pada Sifat Cantik Manusia

Walaupun Cantik lebih baik dari Hodoh, namun usah terlalu dipentingkan Cantik itu hingga menjadi hal pertama dalam hidup. Cantik Belum Tentu Menarik Elok juga dijadikan renungan.
— Hootoh

Kecintaan Allah pada Sifat Cantik Manusia

Kita tahu manusia ini dijadikan oleh Allah swt dengan kecintaan dan seadil-adil sifat Nya. Sederhana sifat fizikalnya dan elok paras rupa pada asalnya. Sebaik dilahirkan manusia diberikan pilihan dan hak kebebasan untuk merancang jalan hidup dalam memikul tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.

Manusia punya asa Allah punya Kuasa.

Manakala dari pilihan yang berbeza antara satu sama lain itu juga dapat kita lihat wujudnya kelainan rupa paras pada wajah seseorang. Malah Kepelbagaian Saiz dan Bentuk Fizikal Badan manusia juga ada perbezaan. Manusia punya asa Allah punya Kuasa. Penilaian dari perbezaan-perbezaan itulah terciptanya perincian sifat cantik itu sendiri. Kepelbagaian kata sifat dari manusia untuk manusia, seperti cantik, tinggi, langsing dan juga sifat yang berlawanannya.

Allah tidak akan memberi kepada sesuatu makhluk itu apa yang bukan haknya. Itulah bukti keadilan Allah swt. Maka Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Sesungguhnya yang baik itu adalah daripada Allah SWT. Sedangkan keburukan itu adalah daripada kedaifan dan kelemahan manusia itu sendiri. dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya.
Previous
Next Post »