<script type="text/javascript"> nuffnang_bid = "47b0cc2252348bb13393d12c20c97e2d"; document.write( "<div id='nuffnang_lr'></div>" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); </script>

Ciri-Ciri Baju Melayu Malaysia Sejati

Adakah anda memakai Baju Melayu yang sebenar? Tahukah anda Identiti dan Ciri-Ciri Baju Melayu Sejati. Nama Baju Melayu merupakan satu panggilan bagi Pakaian Tradisional Lelaki Melayu yang biasa di pakai oleh golongan lelaki di Malaysia dan Rumpun Nusantara. Baju Melayu di Malaysia terbahagi kepada dua jenis utama yang berbeza potongannya iaitu Potongan Teluk Belanga dan Potongan Cekak Musang. Apakah sifat dan syarat untuk pakaian dinamakan Baju Melayu.

Kenali Baju Melayu Pakaian Tradisional Malaysia

Walaupun Fesyen sesuatu yang Relatif, namun indentiti yang menjadikan ia dikenali sebagai Pakaian Tradisional Baju Melayu perlu dikekalkan. Selain Perbezaan Asal Usul dan Sajarah Baju Teluk Belanga dan Baju Cekak Musang. Idetiti utama pakaian tradisional kaum melayu ini terletak pada perbezaan Jenis Jahitan Leher Baju dan Cara Sambungan Lengan ke Badan Baju yang unik. Malah Cara Pemakaian Sampin Baju Cekak Musang dan Baju Teluk Belanga juga berbeza

Baju Melayu Cekak Musang

Potongan Cekak Musang adalah merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut dimana berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya.

Ciri-Ciri Baju Melayu Malaysia Sejati

Potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Manakala jahitan bahagian leher adalah Tengkuk cekak tinggi atau leher tegak empang leher.

Baju Melayu Cekak Musang dijahit berpesak. Ia juga dikenali dengan potongan moden. Lengan Baju Melayu Cekak Musang disambungkan kepada badan baju dengan cara pesak dan kekek. Sambungan Jahitan ini menjadikan potongan kelihatan lebih moden.

Pemakaian Baju Melayu Cekak Musang

Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah samping di sebelah luar baju. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

Baju Melayu Teluk Belanga

Mengenali Ciri Potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.

Ciri-Ciri Baju Melayu Malaysia Sejati

Lengan Baju Teluk Belanga disambungkan kepada badan baju dengan cara sambungan terus. Sambungan Jahitan ini juga lebih dikenali dengan potongan Cina.

Pemakaian Baju Melayu Teluk Belanga

Baju Melayu Teluk belanga lebih terkenal di selatan Malaysia dan mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Cara memakai baju  Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju. Beberapa ciri khas masyarakat Melayu pada potongan Teluk Belanga menjadikan potongan ini digelar selengkapnya Baju Melayu.

Sejarah dan Asal Usul Baju Melayu

Adakah kita Sebenar-Sebenarnya Memakai Baju Melayu. Proses Evolusi pakaian Melayu mencapai tahap tertinggi pada zaman kerajaan Melayu Melaka. Bermula dari istana-istana raja, bangsa Melayu mencapai zaman kegemilangannya dan sehingga sekarang warisan budayanya masih menjadi sumber inspirasi kepada bangsa Melayu.

Sejarah Baju Melayu Malaysia bermula dari Pengaruh Islam sekitar abad ketujuh yang antaranya dibawa oleh pedagang-pedagang Arab melalui kegiatan perdagangan, secara tidak langsung mempengaruhi reka bentuk pakaian tradisional masyarakat Melayu secara berperingkat-peringkat. Dari abad ketujuh hingga ke-13, adalah satu tempoh transisi dan penyesuaian yang panjang.  Walaupun agama Islam telah tersebar di alam Melayu, namun pengaruh Hindu-Buddha masih kuat diamalkan.

Seperti yang tercatat dalam Buku Sejarah Melayu, ada menceritakan bahawa Tun Hassan (yang hidup semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah) adalah orang yang pertama yang mengubah bentuk dan potongan asal baju orang Melayu kepada potongan Baju Melayu yang dipakai hingga sekarang.

Tun Hassan telah melabuhkan baju Melayu serta membesarkan dan memanjangkan pangkal tangan baju Melayu. Baju itu dinamakan baju melayu dan baju kurung. Dengan melabuhkan baju tersebut, bentuk rupa pakaian Melayu serupa dengan bentuk rupa jubah, pakaian orang Arab.

Sekiranya kaum lelaki memakai baju kurung dengan seluar panjang dan kain sarung yang diikat di pinggang hingga ke paras lutut, kaum wanita pula memakai baju kurung dengan kain sarung. Kaum wanita juga telah mula memakai kelubung untuk menutup kepala yang terdedah semasa keluar rumah. Pada waktu itu, wanita - wanita yang berkelubung terdiri daripada golongan istana, bangsawan, anak-anak yang keluarganya ialah guru-guru agama. Kenali Baju Cekak Musang dan Baju Teluk Belanga.
Previous
Next Post »